#@# ANJAKAN PARADIGMA #@#

Monday, May 08, 2006

Hadith Akhir Hayat Rasulullah s.a.w. sama ada "Solat" @ "Ummati".

Assalamualaikum...

Pada kali ini, saya ingin berkongsi pengetahuan dengan anda semua mengenai Hadith Akhir Hayat Rasulullah s.a.w. sama ada "Solat" @ "Ummati". Buat pengetahuan, saya telah menanyakan hal ini dalam forum al-ahkam di www.al-ahkam.net tempoh hari. Jadi, pertanyaan saya ini telah dijawab oleh 2 orang ahli panel al-ahkam iaitu Protaz Tuan Hassan Tuan Lah dan Ustaz Ali Tantawi. Semoga kita beroleh manfaat dari apa yang disampaikan. Insyaallah. Jawapan yang diberikan sebagaimana berikut:

hadith tentang wasiat atau pesan Rasulullah SAW tentang solat di akhir hayatnya memang ada diriwayatkan oleh Abu Daud n Tirmidzi. hadith ini disahihkan oleh al ALbani dalam buku2nya spt Sahih al Jami' al Shaghir.

-------------tahqiq thtl

aku temui dalam Sahih Sunan Ibn Majah Jilid 2/ ms 109:
1. Dari Anas (pembantu khas Nabi saw)
2. dari menantunya, Ali bin Abi Thalib ra.

Lafadznya ialah " solat, solat ...dan hamba abdi kamu."

------------------end.


manakala hadith tentang Rasulullah menyebut ummati..ummati tidak dapat saya temui..wallahu a'lam. apa yang saya temui ialah Nabi SAW memang menyebut ummati..ummati pada hari kiamat nanti ketika umatnya menanti syafaatnya (riwayat al Bukhari dan Muslim). begitu juga Nabi pernah membaca AL QUran sehingga menangis dan berdoa sambil menyebut ummati. maka malaikat jibril datang memberi ketenangan kpd beliau (riwayat Muslim)

---------------tahqiq thtl

Benar spt apa yang dijelaskan oleh syaikh alitantawi, bahawa ummati, ummati ini tidak ada dalam pesan terakhir baginda. Menurut kajian alHafidz alAsqolani dalam alFath Jilid 8, ms 134-135, pesan-pesan Nabawi menjelang wafatnya adalah:
1. mengeluarkan musyrikin dari Jazirah arabia
2. menghormati utusan atau diplomat luar
3. menjaga dan memelihara kitabullah (termasuk sunnahnya)
4. menjaga solat
5. menjaga kebajikan hamba abdi
6. menta'ati kepimpinan panglima Usama ben Zayd
7. kelebihan Abu Bakar
-------------end


wallahu a'lam


"BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK"

Saturday, May 06, 2006

المنافق

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
آية المنافق ثلاث: إذا حدث كذب، وإذا وعد أخلف، وإذا اوتمن خان.
حديث متفق عليه

Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tanda-tanda Munafik ada tiga: (1) Apabila bercakap, dia dusta. (2) Apabila berjanji, dia mungkiri. (3) Apabila diberi amanah, dia khianati."
Hadith Muttafaqun 'Alaihi

Jadi, pemudah bicaranya, elakkan diri kita dari mempunyai sifat-sifat yang terkeji lagi tercela di sisi Allah ini dan terpuji lagi disanjung di sisi Syaitan laknatullah ini. Kalau sapa-sapa nak tambah atau nak radd, dipersilakan dengan segala hormatnya. Ambo ok jer... Yang penting, kita saling ingat mengingati. Tak gitu?



"BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK"





Buat Permulaan, Betulkan Niat



عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ . [رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Dari Amirul Mu'minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan."
(Riwayat dua imam hadith, Abu Abdullah Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).

Jadi, apa yang penting buat peringatan kita semua, ikhlaskan niat kita dalam melakukan sebarang perkara untuk memperoleh keredhaan dariNya. Sebab itulah, saya mulakan dengan hadith ini agar saya terus istiqamah dan berjalan atas landasan yang benar. Doakanlah. Ameen...


"BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK"

Muqaddimah abcd

Assalamualaikum...

Bersyukur ambo ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, ambo diberi peluang untuk bernafas lagi atas bumi ciptaanNya dan juga dapat melihat permandangan hijau putih gitu. Ambo ni boleh dikatakan darak lagi mengenai blog ni. Jadi, bantuan anda yang cemerlang, gemilang dan terbilang diperlukan agar blog ambo ini terus bersinar bagaikan bulan purnama gitu. Aiwah...
Cukuplah buat kali ini, edisi pengenalan katakan.


"BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK"